Thursday, July 24, 2014

11 Ramadhan 1435H

11 Ramdhan muncul lagi. Ulangan 10 tahun dejavu berkubu di dataran ini.

Justice for human in gaza

I with u brada

Saturday, July 19, 2014

Perlu

Sesuatu perkara itu saya perlu buat supaya saya tidak rasa gelisah memikirkannya

Saturday, July 5, 2014

Red Route Ride

Nama saya Ah Leong San. Ah Leong dulu kapten rejimen ke8.  Ah Leeong orang Jinjang dulu. Selepas komunis menyerah Ah Leong terus tinggal di sini. Ah leong gembira adik-adik berani dan kuat datang ke sini dengan motor. Jgn marah pada komunis, itu cerita dululah sekarang semua mahu aman kita 1Malaysia.
Jangan fikir komunis cina sahaja kita ada Rashid Maidin, Abdullah Sidek,Shamsiah Fakeh ramai lagi. Dan mereka ini bukan yang kecil2 tetapi itu "big ball".
Berbalik kepada kisah terowong komunis Khao Nam Kang. Ia merupakan terowong yang di bina selama 10 tahun dlm usaha untuk melawan Inggeris, dan kemudiannya melawan Jepun seterusnya melawan Inggeris kembali.Sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Komunis telah bekerjasama dengan Inggeris menubuhkan MPAJA iaitu "Malayan People Anti Japanese Army". Tuan2 boleh google untuk lebih maklumat lagi  Selepas komunis menyerah kalah sebahagian pulang ke tanah air dan sebahagian lagi terus menetap di Sempadan.

Ok berkenaan ride pulak macam biasa,maw duk buat rileks, takut duk rumah  diam2. Dlm media sosial, cerita takut negara Siam tentera ambik alih, tp kami nak bagitaw kali ni adalah kali ke 8 tentera ambil perintah sepanjang sejarah pilihanraya Thailand. Jadi nya hat mana duk sembang pong pang kami tak bimbang. Dan cerita Din JPJ roblok 4 lapis buleh tauk longkang.

Seperti biasa kaki ride dari Pandan,Puchong,Keramat,Shah Alam,Ipoh,Sungai Siput,Penang mai awai sehari.Titik jumpa mula masih lagi di Tesco Dannok pukui 8 pagi. Tapi macam biasa COE Rendang teroxx pukui 12 rembang tengahhari baru buleh jalan. Tapi sebab duk pesan dah dan pesan pulak kita musti duk buat rileks. Semua muka senyum kita gerak Pi Kampung Komunis.

Sampai Khao Nam Kang lebih kurang pukui 1.00 tengahhari.
Hari ni jumaat dan kami semua terima bonus musafir. Bayaran masuk 150baht sekepala. Mula dengan video sejarah komunis sehinggalah ke pembukaan khao nam kang kepada umum sebagai suatu destinasi pelancongan.
Dari Khao Nam Khang kami bergerak ke Pantai Songkhla untuk melengkapkan jelajah selatan siam. Kerna kita semua sedia maklum lagi tak amik gambaq depan Patung Duyung lagi tu tak lengkap. Maka berduyun-duyun lah kami merentas jalan ke tepi laut sana.
Usai ambil gambar kelihatan Rider dari ibukota dah rentung sebab depa dah ride 16Jam tanpa rehat. Jadinya perjalanan di teruskan lagi ke Hatyai. Kami bermalam di Hatyai, malamnya aktiviti bebas seperti biasa. Kami meronda sampai pukul 3 pagi takdak curfue apa pun, budak2 honda wave penuh kut jalan depan hotel meresin motor. Sekali lagi nak habaq empa mana yang tak mai atas alasan takut tentera siam tu memang rogilah, terutama Katong MC cuih buat malu tokey saja.

Hari last jelajah iaitu sabtu semua dah sedia maklum akan checkout sampai minit terakhir sebab nak budget sampai Sadao Bike Week pukul 4 petang, jadinya pukul 1 tghhari baru kami gerak dari hotel p makan tengahhari di Restorab Kak Jah Kitchen lokasi tepi sungai depan Pasaraya Diana. Empa mana yang nak pi Hatyai kami rekemen tang tu, rega,rasa munasabah.
Lepas makan kenyang kami gerak p cari kedai mutu pecah kepada beberapa kumpulan kecil untuk elak sesak ada ikut Am COE, ada ikut Along Desa Pandan dan ada ikut aku, tapi last jumpa jugak siap kami sama2 ambil gambar kenangan di stesen keretapi Hatyai lagi. Ala yang tempat Kak Nita kurier mutu FZ dia p Bangkok aritu masa dia pi Ride Tozen Kona. Dan tempat Bang Eid bw balik skrembler Demak dia masa ride Indochina. Apa barang bawa moto naik keretapi... hahahahah.

Lepas tu kami semua gerak Border untuk Support Event Sadao Bike Week.
Untuk makluman empa semua Sadao Border Bike Week ini merupakan acara tahunan kali ke 3. Tiada yg istimewa selain dari konsert dan pertunjukan motorsikal berkuasa besar. Tiada budaya motorsikal yang SEBENAR. Jadinya tahun depan Pattaya Bike Week nohhhhh.

Tuesday, June 23, 2009

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

APA DIA SELSEMA BABI
Selsema ini biasanya menyerang babi.
Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia
– bermula di Mexico dan Amerika.
Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia.
Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.
Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa
– batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.


Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 –
N disini maknanya Novel ertinya baru.
N - Ertinya ini virus baru muncul.
Jangan takut dengan nama yang pelik ini.
Ini hanya nama.
Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya.
Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan.
Ini samalah seperti demam selsema biasa.
Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.

PENGUBATAN :
Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza).
Atau pil Oseltamivir.
Zanamivir ubat semboran ke hidung.
Mungkin timbul masaalah sampingan
– muntah atau suka berak cair.

MENJAUHI :

Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.
Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang.
Tangan hendaklah bersih sentiasa.
Kalau rasa tak sedap badan
– paracetemol biasa boleh mengunakan.
Minum banyak air bukan minum tapai atau todi..

PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan
jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain
– beli makanan, ubat dan lain lain.
Memakai topeng muka tak ada faedah.
Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah.
Ada serangan tidak bagitu teruk.
Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital.
Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.
Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
( Data ini dipungut dari UK Health Protection Agency )

Tuesday, February 24, 2009

penyakit

Jika kita ada penyakit, kita tidak patut mengubati apa yang kita nampak sahaja. Kita perlu ubati akar atau punca penyakit tersebut. Jika tidak, ia akan menyerang semula. Mengetahui punca asal penyakitnya, jika pun kita tidak dapat menyelesaikannya akan menjadikan kita sentiasa beringat di masa hadapan, atau memboleh kita mengingati generasi yang akan datang bahawa ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.
Kekusutan yang berlaku pada hari ini, apakah ia baru bermula semalam, atau sudah bertahun lamanya? Barah yang kelihatan boleh membunuh pada hari ini, apakah baru muncul ketika doktor berjaya mengesannya, atau sudah bertahun lamanya? Banyak penyakit itu gagal diubati disebabkan hanya pada sangat akhir ketika sudah benar-benar nazak, baru datang berjumpa perawat. Bukan tidak boleh, tetapi penyelesaian yang lengkap akan sukar untuk diperolehi.