Thursday, January 29, 2009

menjadi orang lain

Ada pihak mencadangkan saya menjadi ahli parti politik.
Alasannya, tanpa menjadi ahli parti politik saya tidak mungkin dapat menegakkan kebenaran. Saya berterima kasih dengan cadangan itu. Saya rasa cadangan itu lahir daripada niat yang ikhlas(atau mungkin sebaliknya). Atau mungkin beliau kepanasan telinga setiap kali isu politik di perdebatkan di meja kopi kedai makngah Tet, di kampung kami.
Dunia idea, pemikiran dan cadangan lebih luas daripada sempadan daerah kepartian. Mengapakah mereka selalu berfikir, jika awak tidak menyertai kami, bererti awak menentang kami? Pemikiran sebeginilah yang diamalkan oleh pemerintah-pemerintah yang kejam sepanjang sejarah. Lalu ramai yang hukum tanpa dosa yang dilakukan. Sama seperti golongan jumud di negara ini yang menuduh sesiapa yang tidak beramal cara melayu, maka dia wahabi. Walaupun yang dituduh itu tidak tahu pun apa itu wahabi.
Memfardukan kesempitan akal kita ke atas orang lain adalah kezaliman, dan bertindak atas kesempitan itu adalah kekejaman.

mencari kerajaan

Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil amanah terhadap harta negara. Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan.

sebuah tulisan untuk pembacaan

Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang,
demikian juga ketajaman dan ketangkasan pena itu juga tidak dimiliki oleh semua insan.
Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya.
Demikian, ramai yang lancar penanya, tidak fasih pula lidahnya. Hanya insan-insan tertentu yang Allah kurniakan kefasihan lidah dan kelancaran pena. Apapun, samada lidah yang fasih, atau pena yang lancar kesemuanya adalah anugerah Allah SWT yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.

Firman Allah: (maksudnya) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Peranan lidah dan pena adalah sama; iaitu menyampaikan mesej kepada sasaran yang ditujukan. Mesej yang disampaikan itu –sepatutnya- menggambarkan apa yang tersimpan dalam benak perasaan atau pemikiran seseorang penyampai. Jika dia menyampai sesuatu yang bercanggahan dengan apa yang dipercayainya, maka dia seorang pengkhianat.

Thursday, January 1, 2009

kerajaan

kami sayang negara kami tapi kami benci kerajaan kami yang korup.