Tuesday, June 23, 2009

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

APA DIA SELSEMA BABI
Selsema ini biasanya menyerang babi.
Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia
– bermula di Mexico dan Amerika.
Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia.
Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.
Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa
– batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.


Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 –
N disini maknanya Novel ertinya baru.
N - Ertinya ini virus baru muncul.
Jangan takut dengan nama yang pelik ini.
Ini hanya nama.
Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya.
Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan.
Ini samalah seperti demam selsema biasa.
Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.

PENGUBATAN :
Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza).
Atau pil Oseltamivir.
Zanamivir ubat semboran ke hidung.
Mungkin timbul masaalah sampingan
– muntah atau suka berak cair.

MENJAUHI :

Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.
Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang.
Tangan hendaklah bersih sentiasa.
Kalau rasa tak sedap badan
– paracetemol biasa boleh mengunakan.
Minum banyak air bukan minum tapai atau todi..

PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan
jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain
– beli makanan, ubat dan lain lain.
Memakai topeng muka tak ada faedah.
Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah.
Ada serangan tidak bagitu teruk.
Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital.
Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.
Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
( Data ini dipungut dari UK Health Protection Agency )

Tuesday, February 24, 2009

penyakit

Jika kita ada penyakit, kita tidak patut mengubati apa yang kita nampak sahaja. Kita perlu ubati akar atau punca penyakit tersebut. Jika tidak, ia akan menyerang semula. Mengetahui punca asal penyakitnya, jika pun kita tidak dapat menyelesaikannya akan menjadikan kita sentiasa beringat di masa hadapan, atau memboleh kita mengingati generasi yang akan datang bahawa ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.
Kekusutan yang berlaku pada hari ini, apakah ia baru bermula semalam, atau sudah bertahun lamanya? Barah yang kelihatan boleh membunuh pada hari ini, apakah baru muncul ketika doktor berjaya mengesannya, atau sudah bertahun lamanya? Banyak penyakit itu gagal diubati disebabkan hanya pada sangat akhir ketika sudah benar-benar nazak, baru datang berjumpa perawat. Bukan tidak boleh, tetapi penyelesaian yang lengkap akan sukar untuk diperolehi.

Thursday, January 29, 2009

menjadi orang lain

Ada pihak mencadangkan saya menjadi ahli parti politik.
Alasannya, tanpa menjadi ahli parti politik saya tidak mungkin dapat menegakkan kebenaran. Saya berterima kasih dengan cadangan itu. Saya rasa cadangan itu lahir daripada niat yang ikhlas(atau mungkin sebaliknya). Atau mungkin beliau kepanasan telinga setiap kali isu politik di perdebatkan di meja kopi kedai makngah Tet, di kampung kami.
Dunia idea, pemikiran dan cadangan lebih luas daripada sempadan daerah kepartian. Mengapakah mereka selalu berfikir, jika awak tidak menyertai kami, bererti awak menentang kami? Pemikiran sebeginilah yang diamalkan oleh pemerintah-pemerintah yang kejam sepanjang sejarah. Lalu ramai yang hukum tanpa dosa yang dilakukan. Sama seperti golongan jumud di negara ini yang menuduh sesiapa yang tidak beramal cara melayu, maka dia wahabi. Walaupun yang dituduh itu tidak tahu pun apa itu wahabi.
Memfardukan kesempitan akal kita ke atas orang lain adalah kezaliman, dan bertindak atas kesempitan itu adalah kekejaman.

mencari kerajaan

Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil amanah terhadap harta negara. Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan.

sebuah tulisan untuk pembacaan

Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang,
demikian juga ketajaman dan ketangkasan pena itu juga tidak dimiliki oleh semua insan.
Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya.
Demikian, ramai yang lancar penanya, tidak fasih pula lidahnya. Hanya insan-insan tertentu yang Allah kurniakan kefasihan lidah dan kelancaran pena. Apapun, samada lidah yang fasih, atau pena yang lancar kesemuanya adalah anugerah Allah SWT yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.

Firman Allah: (maksudnya) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Peranan lidah dan pena adalah sama; iaitu menyampaikan mesej kepada sasaran yang ditujukan. Mesej yang disampaikan itu –sepatutnya- menggambarkan apa yang tersimpan dalam benak perasaan atau pemikiran seseorang penyampai. Jika dia menyampai sesuatu yang bercanggahan dengan apa yang dipercayainya, maka dia seorang pengkhianat.

Thursday, January 1, 2009

kerajaan

kami sayang negara kami tapi kami benci kerajaan kami yang korup.